top of page

Sophia Liana Akan Kolaborasi Bersama Imran Bard dalam "SUS"!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Jul 4
  • 1 min read

Peminat muzik tempatan bersiap sedia untuk kehadiran satu karya baharu yang dijangka akan mencetus fenomena!


Penyanyi dan penulis lirik berbakat besar, Sophia Liana, bakal melancarkan single terbaharunya bertajuk “SUS” yang turut menampilkan kolaborasi istimewa bersama Imran Bard.


Lagu ini dijadualkan untuk tayangan perdana pada 4 Julai 2025 jam 8 malam di platform YouTube, dan sudah pun mencuri perhatian sejak pengumuman awalnya.


“SUS", lagu ini bukan sahaja membawa elemen muzik moden yang segar, malah disuntik dengan kreativiti tinggi daripada nama-nama besar dalam dunia produksi muzik tanah air. 


Senarai komposer dan penulis lirik lagu ini juga bukan calang-calang, merangkumi Glowrush, Ja’are dan Sophia Liana sendiri  semuanya bernaung di bawah Faithful Publishing.


Gabungan ini sudah pasti menghasilkan sebuah karya yang bukan sahaja sedap didengar, tetapi juga sarat dengan identiti tersendiri.


Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menonton dan mendengar tayangan perdana "SUS" pada jam 8 malam, 4 Julai ini!


Comentários


bottom of page