sooka Sambut Ulang Tahun Ke-4 Dengan Fungsi Baharu Dan Tawaran Eksklusif Pelanggan
- Nurul Safiah
- 1 day ago
- 2 min read

Platform penstriman tempatan, sooka menyambut ulang tahun keempatnya dengan penuh gaya menerusi pengumuman pelbagai penambahbaikan teknologi serta tawaran eksklusif buat para pelanggan.
Setelah empat tahun berada dalam pasaran, sooka kini mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu aplikasi penstriman yang paling pantas berkembang di Malaysia.
Bermula dengan pembaharuan aplikasi yang kini beroperasi dua kali ganda lebih pantas, sooka turut memperkenalkan sooka TV Stick yang dinaik taraf dengan kandungan sukan dalam format 4K UHD dan fungsi navigasi yang lebih diperibadikan.

Selain itu chatbot berasaskan kecerdasan buatan (AI) telah dilancarkan bagi memastikan sokongan pelanggan yang lebih pantas dan efisien.
Pengguna juga akan menikmati kemudahan Panduan Program Elektronik (EPG) dan tab dinamik untuk akses yang lebih mudah kepada siaran langsung dan kandungan video-on-demand (VOD).
sooka kini mencatatkan lonjakan memberangsangkan dari segi jumlah pelanggan berbayar dengan pertumbuhan sebanyak 100%, dan muncul sebagai aplikasi sukan nombor satu di Malaysia.

sooka kini dilihat sebagai platform yang pesat membangun, mendahului pesaing tempatan dan global.
Pengarah sooka, Chu Young Lee menzahirkan penghargaan terhadap sokongan yang diterima sepanjang empat tahun ini.
“Kami telah membina sebuah platform yang bukan sahaja meraikan kandungan Asia dan siaran langsung sukan, malah terus mengadaptasi teknologi penstriman terkini demi memberikan pengalaman hiburan terbaik buat rakyat Malaysia,” katanya.

Bersempena ulang tahun ini, sooka tampil dengan pelbagai ganjaran istimewa yang berlangsung sehingga 31 Julai 2025.
Antara tawaran menarik termasuk akses percuma kepada pelanggan baharu selama 10 hari kepada pelan Sports & Entertainment dengan menggunakan kod promosi khas HBDSOOKA.
Semua pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah hebat seperti sebuah Smart TV LG 86” 4K UHD atau sooka TV Stick dalam cabutan bertuah harian sepanjang 30 hari.

Tambahan pula, setiap pembelian pelan enam bulan sooka Premium pada harga RM249 hadir dengan satu unit sooka TV Stick (RM349 harga pasaran) secara percuma!
Tidak cukup dengan itu, tawaran “Beli 1 Percuma 1” untuk pas tahunan turut diperkenalkan bermula 25 Jun 2025 melalui laman web rasmi sooka, menawarkan akses selama 24 bulan pada harga serendah RM149.
Menjelang tahun kelima, sooka berazam untuk terus melebarkan sayap dengan meningkatkan kandungan serta memperkenalkan kerjasama strategik bersama syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan utama negara.

Comments