top of page

Song Ji-Hyo Selami Dunia Haenyeo Dalam Dokumentari BBC Earth

  • kaypohmedia
  • 2 days ago
  • 2 min read

Kalau anda peminat Running Man atau drama Korea, pasti kenal dengan Song Ji-Hyo. Tapi kali ini, Ji-Hyo bukan beraksi dalam program hiburan, sebaliknya dia turun ke laut dalam dokumentari terbaru berjudul Deep Dive Korea: Song Ji-Hyo’s Haenyeo Adventure, yang bakal ditayangkan di BBC Earth (saluran UnifiTV 501 & Astro 554).

Song Ji-Hyo dalam Pakaian Haenyeo

Dalam dokumentari ini, Ji-Hyo menyertai komuniti haenyeo iaitu wanita penyelam handal dari Pulau Jeju untuk merasai sendiri kehidupan mereka yang luar biasa dan penuh cabaran.


Haenyeo bukan calang-calang penyelam. Mereka menyelam ke dasar laut tanpa tangki oksigen untuk mengutip hasil laut seperti abalon dan rumpai laut. Ramai di antara mereka berumur lebih 60 tahun, tapi masih kuat dan tangkas!


Dokumentari ini membawa penonton melihat sendiri cabaran dan ketabahan komuniti luar biasa ini, yang kini semakin pupus.

Song Ji-Hyo Bersama Haenyeo

Song Ji-Hyo mengakui bahawa proses latihan menjadi haenyeo sangat mencabar. Beliau terpaksa berhadapan dengan suhu air yang sejuk, menyelam tanpa bantuan alat pernafasan, dan mengangkat hasil laut yang berat.

“Saya menangis dalam laut kerana terlalu penat dan emosi. Tapi haenyeo sentiasa beri semangat dan nasihat kepada saya,” katanya.— The Straits Times

Ji-Hyo juga mengaku bahawa dia ditegur secara langsung oleh haenyeo senior kerana tidak melakukan teknik dengan betul, namun beliau melihat teguran itu sebagai satu bentuk kasih sayang dan dedikasi mereka terhadap warisan ini.



Dalam temu bual eksklusif Gempak bersama Song Ji Hyo, antara cabaran hebat yang dilalui adalah menyelam ke dalam laut sedalam 20 meter tanpa mengguna tangki oksigen.

“Pertama sekali saya fikir ini adalah pekerjaan yang tidak ada di Malaysia. Ia adalah sesuatu yang melampaui imaginasi anda kerana tanpa tangki oksigen, kami menyelam 20 meter ke dalam laut untuk mengumpul makanan laut. “Bagi saya, perkara itu sangat menarik selain menunjukkan proses bagaimana saya menjadi haenyeo iaitu penyelam wanita.
Poster Rasmi Deep Dive Korea: Song Ji-Hyo’s Haenyeo Adventure

Deep Dive Korea: Song Ji-Hyo’s Haenyeo Adventure bukan sekadar dokumentari budaya, ia adalah kisah menyentuh hati tentang kekuatan wanita, warisan tradisi dan keindahan laut Jeju. Jangan lepaskan peluang tonton dokumentari ini di BBC Earth, saluran UnifiTV (501) & Astro (554)!


Comments


bottom of page