SonaOne Tampil Dengan Single Terbaharu, “Stamina”
- Ain Najihah
- Jun 18
- 1 min read

Penyanyi, penulis lagu dan penerbit muzik terkenal, SonaOne kembali mencuri tumpuan apabila memperkenalkan single terbaharunya yang berjudul Stamina.
Perkongsian yang dimuat naik oleh SonaOne di Instagram dijangka akan membawa elemen segar yang selari dengan identiti muzik moden.
Walaupun hanya berdurasi tidak sampai 10 saat, klip pendek yang ditunjukkan itu telah cukup untuk mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat setianya.
SonaOne yang sebelum ini berjaya untuk menawan carta muzik dengan karya-karyanya terdahulu, kembali dengan Stamina yang dijangka akan menjadi satu lagu bukti keunggulan kreativiti Sonaone dalam landskap muzik tempatan dan serantau.
Buat peminat yang tidak sabar menantikan pelancaran rasmi lagu ini, pautan untuk pre-save turut disediakan bagi membolehkan anda menjadi antara yang terawal dapat mendengarkan Stamina sebaik sahaja ia dilancarkan di platform penstriman.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan lanjut dan nantikan tarikh pelancarannya tidak lama lagi! Anda boleh pre-save di sonaone.lnk.to/stamina
コメント