Solo Leveling Live-Action di Netflix, Byeon Woo-seok Jadi Sung Jin-woo!
- Ain Najihah
- 1 day ago
- 1 min read

Platform penstriman popular, Netflix, bakal menggegarkan dunia hiburan dengan adaptasi aksi nyata daripada siri webtoon terkenal, Solo Leveling.
Pengumuman yang dibuat pada 10 Julai 2025 itu turut mengesahkan pelakon sensasi Korea Selatan, Byeon Woo-seok, sebagai watak utama, Sung Jin-woo.
Siri Solo Leveling yang telah mencipta fenomena global melalui versi webtoon dan anime, kini bakal dihidupkan dalam bentuk live-action buat pertama kali.
Kehadiran Byeon Woo-seok, yang dikenali menerusi lakonannya yang memukau dalam pelbagai drama romantik dan sejarah, dijangka memberi nafas baharu kepada watak Sung Jin-woo iaitu seorang pemburu lemah yang berevolusi menjadi individu terkuat di dunia.
Pengumuman ini mendapat sambutan hangat di media sosial, dengan jutaan tontonan dan ribuan komen peminat yang tidak sabar menantikan siri ini.
Ramai peminat turut meluahkan keterujaan terhadap pemilihan Woo-seok sebagai watak utama, memandangkan karismanya yang dilihat sangat sesuai untuk menjayakan watak penuh aksi dan emosi itu.
Adakah versi aksi nyata ini mampu menandingi kejayaan animasi dan komik asalnya? Sama-sama kita nantikan pelancarannya di Netflix tidak lama lagi!
留言