top of page

Sofyank Bertemu Jackie Chan di Beijing, Kongsi Hasrat Nak Kolaborasi di Layar Perak

  • kaypohmedia
  • 2 minutes ago
  • 1 min read
ree

Pempengaruh media sosial dan pakar kandungan visual Malaysia, Sofyank, meluahkan rasa syukur apabila berpeluang bertemu pelakon legenda Hong Kong, Datuk Jackie Chan, di Beijing baru-baru ini.


Sofyank atau nama sebenarnya Muhammad Sofian Abdullah, 29, berkongsi detik berharga itu menerusi hantaran di Instagram, sekali gus mencuri perhatian peminat seni hiburan tanah air.

“Alhamdulillah, waktu di Beijing kami berpeluang untuk bertemu dengan aktor legenda dunia, Jackie Chan.Plan asal kami memang nak rakam video VFX bersama beliau, tapi disebabkan kesuntukan masa, pelan itu tak kesampaian.Tapi tak mengapa, dapat bertentang mata dan berbual seketika dengan ikon yang telah mewarnai zaman kanak-kanak kita semua, sudah cukup memadai,” tulisnya.

Difahamkan, pertemuan itu berlangsung sempena pelancaran filem aksi terbaharu, The Shadow’s Edge, yang menghimpunkan ramai selebriti terkenal dari seluruh Asia.

Walaupun tidak sempat menghasilkan video VFX seperti yang dirancang, Sofyank tetap optimis untuk berkolaborasi dengan Jackie Chan pada masa akan datang.


“Insya-Allah, kalau diberi peluang satu hari nanti, kami mahu hasilkan konten untuk tayangan di layar perak pula. Doakan ya,” katanya lagi.

Sofyank sebelum ini pernah mencipta sejarah apabila diberi peluang merakam video kesan khas bersama bintang Hollywood, Tom Cruise, di Tokyo, Jepun, bagi mempromosikan filem Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One.


ree

Dengan rekod kolaborasi bersama nama-nama besar dunia, tak mustahil impian Sofyank untuk bekerjasama dengan Jackie Chan suatu hari nanti akan menjadi kenyataan.

Comments


bottom of page