top of page

Siti Nurhaliza Wakil Spotify EQUAL Mac 2026, Bukti Masih Relevan

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 4 days ago
  • 1 min read

Nama Siti Nurhaliza memang tak pernah tenggelam. Kali ini, beliau sekali lagi dipilih sebagai wakil kempen Spotify EQUAL Singapore & Malaysia bagi Mac 2026. Ianya satu pengiktirafan yang bukan biasa-biasa.


Kalau ikutkan, ini bukan kali pertama. Tapi bila seorang legenda masih diberi spotlight dalam era digital yang penuh persaingan ni, memang ada sesuatu yang kena dengan karya dan aura dia.


Siti sendiri akui, ini satu penghormatan besar. Dalam dunia muzik yang sentiasa berubah, pengiktirafan ini jadi bukti bahawa kualiti tetap menang tak kira usia atau trend semasa. Dan yang paling menarik, ia juga mengangkat suara wanita Asia Tenggara ke pentas global.


Bagi Siti, ini bukan sekadar pencapaian individu. Lebih kepada simbol kekuatan wanita dalam industri muzik. Dari Malaysia ke Singapura, sampai ke seluruh dunia, suara wanita tetap ada tempat dan pengaruh tersendiri.


Dalam masa sama, beliau sempat kongsi “real talk” untuk penyanyi muda. Pesan dia mudah tapi deep.


"Jangan kejar viral semata-mata. Fokus pada kualiti, bina identiti sendiri, dan jaga disiplin. Sebab benda tu yang buat seseorang artis kekal relevan, bukan sekadar trending sekejap."

Dia juga ingatkan, industri muzik sekarang banyak berubah sebab teknologi. Jadi artis kena pandai adapt, tapi jangan sampai hilang asas seni. Dan paling penting kena ada mental kuat untuk survive.


Last but not least, Siti tekankan satu benda yang ramai selalu lupa: peminat. Tanpa mereka, tak ke mana juga perjalanan seorang artis.


Secara keseluruhan, pemilihan Siti sebagai wakil Spotify EQUAL kali ini memang solid proof yang dia masih lagi ikon muzik serantau. Bukan sekadar legenda lama, tapi masih relevan dan terus memberi inspirasi especially untuk generasi baru yang nak masuk industri.

Comments


bottom of page