top of page

Siti Nurhaliza Umum Konsert ‘Legacy 30’ di Stadium Nasional Bukit Jalil

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 10 hours ago
  • 1 min read
ree

Ratu pop nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza baru sahaja menggegarkan timeline peminat dengan pengunguman rasmi: Konsert ‘Legacy 30 Siti Nurhaliza’ bakal berlangsung pada 10 Januari 2026, jam 8:30 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Dengan tagline “Passion, Sincere dan Love”, konsert mega ini dijangka jadi momen bersejarah yang menyatukan tiga dekad legasi seni beliau di pentas terbesar Malaysia. Lebih padu, poster rasmi yang dimuat naik menampilkan Siti dalam busana futuristik metalik, seolah-olah mengisyaratkan sebuah persembahan berskala antarabangsa yang penuh kejutan visual.


Konsert ini dianjurkan oleh SN Legacy dengan sokongan penaja utama Affin Bank, manakala Cuckoo pula tampil sebagai presenter rasmi. Tiket hanya boleh dibeli di laman rasmi www.ticket2u.com, jadi, better standby sebab confirm sold out dalam sekelip mata.


Dengan teaser poster itu, jelas ada lebih banyak kejutan bakal diumumkan, mungkin kolaborasi artis antarabangsa? Mungkin setlist khas throwback dari era awal kerjaya? Apa pun, satu benda yang pasti ialah Stadium Bukit Jalil akan jadi saksi persembahan paling epik dalam kerjaya beliau setakat ini


Save the date, 10 Januari 2026. Sediakan dompet anda sebab tiket dijangka panas gila! This is not just a concert. This is a LEGACY.



Comments


bottom of page