top of page

Siti Halijah Perkenal Lagu ‘Sila-Sila Ke Melaka’ Sempena Tahun Melawat Malaysia 2025

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • May 19
  • 1 min read

Penyanyi berasal dari Melaka, Siti Halijah, kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan single terbaharu berjudul ‘Sila-Sila Ke Melaka’!

 

Sebuah lagu bertemakan pelancongan yang dijangka menghangatkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2025 yang bakal dilancarkan September ini di Melaka.

 

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Anwar Jaapar, atau lebih dikenali sebagai Cik Mai, turut menampilkan susunan muzik kontemporari oleh Amy Bong.

 


Menariknya, lagu ini pernah dipersembahkan oleh Siti Halijah semasa menyertai Pertandingan Idola Bandaraya Antara Bandaraya Se-Malaysia dan berjaya meraih juara dan Anugerah Lagu Terbaik PBT Se-Malaysia.

 

“Saya merasakan inilah saat yang sesuai untuk meriliskan lagu ini secara rasmi di corong-corong media masa kini. Sudah tentu ianya langkah baru buat saya apabila lagu ini dipasarkan,” kata Siti Halijah.

 

‘Sila-Sila Ke Melaka’ membawa mesej tentang keunikan dan nilai sejarah Melaka yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

 

Siti Halijah berharap lagu ini bukan sahaja mendapat sambutan daripada peminat tempatan, tetapi turut membantu menarik lebih ramai pelancong ke Melaka.

 

Jangan lupa saksikan video muzik rasmi ‘Sila-Sila Ke Melaka’ sudah dimuatnaik di platform Youtube Luncai Emas.



 

Comments


bottom of page