top of page

Siri Bru Papar Realiti Pahit di Sebalik Fenomena Kedai Kopi

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • May 26
  • 2 min read


Sejak kebelakangan ini, perniagaan kedai kopi semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda. Semakin ramai individu membuat keputusan yang berani untuk meninggalkan kerjaya stabil bagi mengejar impian mereka membuka perniagaan sendiri.


Kedai kopi dilihat sebagai pilihan yang ‘trendy’, bergaya serta mudah dikendalikan. Namun begitu, hakikat di sebalik estetika dan gaya hidup yang ditonjolkan tidak semudah yang disangka.


Kini, kedai kopi muncul ibarat cendawan selepas hujan tetapi hanya segelintir sahaja yang mampu bertahan dalam persaingan sengit. Kebanyakan usahawan terjun ke dalam bidang ini tanpa asas ilmu pengurusan mahupun pengalaman tetapi sekadar berpandukan minat dan trend semasa.



Siri drama Tonton Original: Bru mengetengahkan isu ini dengan pendekatan realistik. Menerusi watak Shah, lakonan Shukri Yahaya, penonton dibawa menyaksikan perjalanan seorang individu yang membuka kedai kopi tanpa sebarang perancangan rapi. 


Tanpa strategi perniagaan dan ilmu asas, Shah menguruskan kedai kopi Bru dengan penuh kelekaan yang akhirnya mengundang pelbagai masalah besar dan ia memberi satu gambaran nyata terhadap apa yang sering berlaku dalam dunia sebenar.


Bru menjadi refleksi kepada realiti pahit dalam dunia keusahawanan. Tanpa ilmu, pengurusan yang baik dan sikap profesional, sebuah perniagaan akan mudah tumbang. 



Siri ini menjadi peringatan buat mereka yang bercita-cita ingin membuka bisnes kerana minat semata-mata tidak mencukupi tanpa memiliki pengetahuan dan sikap bertanggungjawab.


Kini, Bru berdepan cabaran getir yang mengancam kelangsungan operasinya. Adakah Shah mampu menyelamatkan perniagaannya? Atau adakah kedai kopi itu bakal menjadi satu lagi kisah kegagalan seperti yang telah banyak berlaku dalam dunia sebenar?


Penonton boleh menyaksikan dua episod terakhir Bru yang bakal menentukan nasib kedai kopi tersebut pada 2 Jun 2025, eksklusif di platform Tonton setiap Isnin dan Khamis. 


Anda boleh layari laman sosial Tonton di Facebook, Instagram dan Twitter di @TontonMY untuk maklumat lanjut. 


Comments


bottom of page