top of page

Siri Baru Netflix, His & Hers Membawakan Thriller Psikologi Yang Penuh Plot Twist

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 15 hours ago
  • 2 min read

ree

Netflix membuka tahun baru 2026 dengan satu siri thriller yang akan buat korang susah nak tidur. His & Hers bakal disiarkan pada 8 Januari dan daripada trailer saja kita dah boleh rasa energy dia lain macam. Adaptasi daripada novel laris Alice Feeney, siri ini main dengan perspektif ganda His dan Hers yang basically suruh penonton pilih nak percaya siapa.


Tessa Thompson memegang watak Anna, bekas wartawan yang dah lama menjauh daripada spotlight. Hidup dia lowkey sampai satu kes pembunuhan di kampung lama Dahlonega tarik dia masuk balik ke dunia yang dia cuba tinggalkan. Jack Harper, lakonan Jon Bernthal pula ialah detektif yang handle kes sama dan ya, dia bukan stranger bagi Anna sebab mereka sebenarnya pasangan terpisah. Red flag vibes terus muncul bila dua dua saling curiga dan setiap langkah siasatan buat keadaan makin serabut.


ree

Walaupun siri ni cuma mempunyai enam episod, pacing dia kelihatan ketat dan packed dengan clue yang selalu bagi jawapan separuh masak. Penonton memang kena kerja keras sikit sebab setiap episod akan goyang teori korang. Production pun membawa barisan pelakon yang hebat seperti Pablo Schreiber, Sunita Mani, Crystal Fox dan Marin Ireland untuk membawa watak utama yang penuh trauma dan rahsia.


His & Hers jelas nak tawarkan sesuatu yang lebih gelap daripada thriller biasa. Ia bukan tenntang siapa pembunuh saja tetapi juga macam mana naratif boleh berubah kalau diceritakan dari dua hati yang retak. Kalau korang suka siri yang buat korang main detektif sambil tak percaya sesiapa, ini memang wajib masuk watchlist.


Dengan hype yang makin naik setiap hari, tak pelik kalau siri ni jadi opening hit untuk Netflix tahun depan. Jangan terkejut kalau timeline nanti penuh teori liar pasal siapa sebenarnya mastermind di sebalik pembunuhan ni.


ree

Comments


bottom of page