top of page

Singapura Jadi Saksi Gabungan Ikonik Exists & Slam!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Apr 14
  • 1 min read


Bersiap sedia untuk sebuah malam yang bakal mencipta sejarah di Singapura! Buat julung kalinya, dua nama besar dalam industri muzik tanah air Exists dan Slam akan bergabung di atas satu pentas dalam sebuah konsert yang pastinya menjadi momen istimewa buat para peminat tegar mereka.


Konsert yang berjudul "Exists X Slam Live in Singapore", konsert gilang-gemilang ini dijadualkan berlangsung pada 29 November 2025 bertempat di The Star Theatre, Singapura.


Konsert yang dibawakan oleh Shiraz Projects ini bukan hanya sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya merupakan sebuah penghormatan istimewa buat dua kumpulan legenda yang telah memainkan peranan besar dalam membentuk industri muzik tanah air selama lebih dua dekad. Walaupun pernah menempuhi pelbagai perubahan termasuk penukaran ahli dan vokalis, Exists dan Slam terus kekal relevan dengan gaya tersendiri serta lagu-lagu yang masih utuh dalam ingatan dan hati para peminat.


Menurut Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, penganjuran konsert ini adalah satu penghargaan buat perjalanan seni Exists dan Slam yang masih mendapat tempat istimewa di hati pencinta muzik tempatan dan serantau.


Peminat bakal dibuai nostalgia dengan himpunan lagu-lagu malar segar seperti "Mengintai Dari Tirai Kamar", "Gerimis Mengundang", "Oh Ibu", "Jesnita", "Julia", "Tak Mungkin Berpaling", "Rindiani" dan banyak lagi. Lagu ini akan dinyanyikan secara langsung oleh vokalis tersohor, Ezad (Exists) dan Zamani (Slam).



Tiket konsert akan mula dijual pada 26 Mac 2025 di laman web rasmi www.sistic.com.sg, dengan pelbagai pilihan kategori seperti:

  • Meet & Greet ($258)

  • Diamond ($168)

  • Platinum ($148)

  • Gold ($128)

  • Gold RV ($108)

  • Silver ($108)

  • Silver RV ($88)


Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan dua lagenda berkongsi satu pentas dan akan menjadikan satu malam yang penuh emosi, kenangan serta keajaiban muzik yang tidak akan dilupakan!



Opmerkingen


bottom of page