Shin Mina Kembali Dengan Thriller Seram ‘The Eyes’ Jun Ini
- Tasnim Ahmad
- 5 minutes ago
- 2 min read
Peminat drama dan filem Korea nampaknya kena standby awal sebab filem thriller terbaru lakonan Shin Min-a, The Eyes, bakal menemui penonton pada Jun ini. Baru sahaja poster pertama dilepaskan, ramai dah mula cakap filem ni ada vibe seram dan misteri yang boleh buat rasa tak senang duduk.
Apa yang menarik, The Eyes bukan sekadar thriller biasa. Filem ini mengisahkan Seo Jin, seorang jurugambar yang semakin hilang penglihatan akibat penyakit mata keturunan. Dalam keadaan dirinya sendiri makin lemah, dia mula menyiasat kematian misteri kembar identiknya, Seo In.
Twist dekat sini? Shin Min-a pegang dua watak sekali gus sebagai Seo Jin dan Seo In. Seo In pula digambarkan sebagai seorang artis seramik berjaya yang pernah berdepan masalah penglihatan sebelum ditemui mati dalam keadaan mencurigakan. Nampak macam banyak rahsia gelap bakal terbongkar sepanjang cerita ni berjalan.
Turut membintangi filem ini ialah Kim Nam-hee sebagai detektif Do Hyuk. Wataknya membantu Seo Jin menyiasat kes tersebut dan menjadi “mata” kepada wanita itu. Tapi dalam masa sama, dia sendiri mula rasa pelik dengan obsesi Seo Jin yang semakin melampau untuk mencari kebenaran.
Dalam pada itu, Lee Seung-ryong membawa watak Hyun Min, seorang model yang mempunyai obsesi berbahaya terhadap Seo Jin. Manakala Kim Young-ah pula muncul sebagai Mi Kyung, detektif yang ditugaskan melindungi Seo Jin daripada seorang stalker misteri.
Kalau tengok pada poster teaser pertama pun dah cukup buat ramai rasa seram. Dengan tona merah yang kuat dan visual mata yang ditekan rapat pada bingkai poster, suasana thriller psikologi filem ni terus terasa. Memang jenis poster yang nampak simple, tapi ada aura mengganggu.
Menariknya lagi, The Eyes diterbitkan oleh syarikat produksi yang pernah menghasilkan filem thriller Hide and Seek, sebuah filem yang diinspirasikan daripada kes sebenar dan pernah menarik lebih 5 juta penonton ketika tayangan dulu. Jadi ramai peminat genre thriller Korea meletakkan harapan tinggi terhadap naskhah terbaru ini.
Filem ini juga menandakan kembalinya pengarah Yeom Ji-ho ke genre thriller selepas mencuri perhatian menerusi Next Door. Kalau anda suka filem Korea yang penuh misteri, psikologi dan plot gelap, The Eyes mungkin boleh masuk watchlist mulai sekarang.
Kadang-kadang filem thriller Korea ni bukan bergantung pada jumpscare semata-mata, tapi cara dia main dengan emosi dan minda penonton tu yang lagi menyeramkan.






Comments