Shila Amzah Rai 25 Tahun Karier Dalam Konsert Istimewa Di DFP 9 Mei Ini
- N

- 56 minutes ago
- 2 min read
Konsert Shila Amzah nampaknya bakal jadi antara persembahan yang paling ditunggu peminat muzik tempatan tahun ini. Sempena meraikan 25 tahun perjalanan seninya, penyanyi bersuara powerhouse itu akan tampil dalam konsert khas berjudul Resonance: Shila Amzah In Harmony – 25 Years of Music & Memories di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada 9 Mei 2026.
Kalau anda dah lama mengikuti perjalanan seni Shila, ini memang jenis konsert yang penuh elemen nostalgia. Dari zaman lagu Memori Tercipta sampailah era Mandarin pop yang melonjakkan namanya di peringkat Asia, semuanya bakal dibawa ke pentas dalam satu malam.

Bukan rahsia lagi, Shila Amzah antara artis Malaysia yang berjaya bina nama di luar negara. Kariernya mula mencuri perhatian antarabangsa selepas menjuarai pertandingan Asian Wave di Shanghai pada tahun 2012. Lepas itu, namanya terus dikenali dalam industri muzik Mandarin termasuk di China dan Hong Kong.
Menariknya, konsert di DFP ini bukan sekadar showcase lagu popular semata-mata. Shila dijangka membawa peminat menyelusuri evolusi muziknya selama lebih dua dekad daripada album awal ketika masih kanak-kanak hinggalah karya terbaru daripada album SA25.
Selain lagu Melayu, peminat juga boleh jangka seleksi lagu Mandarin dan beberapa saduran istimewa yang sinonim dengan perjalanan seninya. Dengan reputasi vokal yang sering dipuji ramai, suasana dewan yang lebih eksklusif macam DFP memang sesuai untuk pengalaman muzik yang lebih intimate dan emosi.
DFP sendiri sebelum ini memang aktif membawa artis tempatan ke pentas berprestij mereka. Nama seperti Dayang Nurfaizah, Yuna, Faizal Tahir, Misha Omar dan Hujan juga pernah mengadakan persembahan di sini. Jadi, tak hairanlah konsert ulang tahun Shila kali ini terus jadi perhatian peminat hiburan tempatan.
Untuk yang bercadang nak datang, harga tiket bermula dari RM199 sehingga RM499, manakala pakej suite pula ditawarkan dengan jamuan ringan. Ada juga sesi meet & greet eksklusif dengan tambahan RM150, tapi terhad kepada 60 pemegang tiket sahaja. Boleh beli tiket di SINI!
Buat peminat muzik tempatan, ini mungkin antara peluang terbaik untuk melihat perjalanan 25 tahun Shila Amzah dirangkumkan dalam satu malam penuh memori dan emosi lebih-lebih lagi dalam venue ikonik seperti Dewan Filharmonik PETRONAS.



Comments