Shila Amzah Kembali Menyentuh Hati Peminat Menerusi Single Terbaharu “Pernah Punya Aku”
- Nurul Safiah
- 19 hours ago
- 1 min read

Penyanyi tersohor tanah air, Shila Amzah kembali dengan karya terbaharunya berjudul “Pernah Punya Aku”, yang dilancarkan secara rasmi menerusi saluran YouTube Nova Music Malaysia serta di semua platform penstriman digital utama.
Diterbitkan di bawah label Nova Music (M) Sdn. Bhd., lagu ini sarat dengan emosi dan membawakan kisah cinta yang pernah dimiliki, namun kini tinggal kenangan.
Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Shila ini menyentuh tema kecurangan, digarap daripada perspektif ibunya sendiri, Fauziah Sarman.

Menurut Shila lagu ini diinspirasikan daripada kisah ibu bapanya. Lagu tersebut menggambarkan dilema dan kekuatan seorang wanita yang memilih untuk berpisah selepas mengetahui kecurangan pasangannya.
Dirakam di Kpro Studio dan diadun secara teliti oleh jurutera bunyi Koh, “Pernah Punya Aku” bukan sekadar lagu, tetapi sebuah pengakuan jiwa yang dilantunkan dengan keikhlasan dan kekuatan vokal Shila yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para peminat.
Tonton video muzik rasmi “Pernah Punya Aku” di saluran novamusicmy di YouTube dan nikmati lagu ini di semua platform digital sekarang!
Comments