Shila Amzah Dedah Demo Pertama Album Terbaharu “SA25”
- Ain Najihah
- Jun 19
- 1 min read

Penyanyi berbakat besar Shila Amzah mula mencuri perhatian peminat apabila berkongsi satu teaser eksklusif untuk projek muzik terbaharunya yang diberi nama “SA25”.
Melalui satu hantaran yang dimuat naik oleh akaun Carta Pop Msia di platform X, Shila mendedahkan demo pertama daripada album tersebut yang kini sedang dalam proses penghasilan.
Dalam klip pendek itu, kelihatan paparan susunan trek muzik yang memperlihatkan susunan irama yang menyentuh emosi seiring dengan soalan yang diajukan Shila kepada peminat “Are you ready to galau?”
Frasa “galau” yang sinonim dengan perasaan hiba dan jiwa yang larut dalam emosi pastinya memberi bayangan bahawa album SA25 bakal sarat dengan lagu-lagu beremosi yang mampu menyentuh hati pendengar.
Lebih menarik, Shila turut berkongsi sedikit proses kreatifnya.
“When I write any songs, I will first arrange the demo to suit the mood that I wanted for the song.”
Ini menunjukkan betapa telitinya Shila dalam menjiwai setiap karya yang dihasilkan agar benar-benar menyampaikan perasaan yang ingin diketengahkan.
Peminat kini pastinya tidak sabar menantikan lebih banyak teaser daripada SA25, yang bukan sahaja menjanjikan kualiti vokal luar biasa daripada Shila Amzah, tetapi juga perjalanan emosi yang menyentuh jiwa.
Comments