top of page

Shiha Zikir Kembali Dengan Lagu Raya Baharu “Memori Raya”

  • Writer: N
    N
  • 3 minutes ago
  • 1 min read

Musim raya memang tak lengkap tanpa lagu raya baharu. Tahun ini, penyanyi Shiha Zikir tampil memeriahkan Aidilfitri dengan single terbaharu berjudul Memori Raya, sebuah lagu yang menggabungkan melodi ceria dengan sentuhan nostalgia tentang kenangan bersama keluarga.

Menariknya, lagu ini merupakan hasil kolaborasi antara Shiha dan Giant Malaysia, selepas kejayaan kerjasama mereka menerusi lagu Tum Tum Raya tahun lalu.


Menurut Shiha, Memori Raya membawa pendengar kembali mengimbau kenangan lama ketika menyambut Hari Raya daripada suasana pulang ke kampung sehinggalah momen berkumpul bersama keluarga tersayang.


Walaupun rentaknya rancak dan catchy, lirik lagu ini sebenarnya cukup menyentuh emosi. Malah, Shiha sendiri berkongsi bahawa ahli keluarganya tersentuh apabila pertama kali mendengar lagu tersebut.


Lagu ini dihasilkan bersama komposer Iqie Hugh dan John Jeeves, dengan konsep muzik yang lebih moden berbanding lagu raya Shiha sebelum ini yang banyak menggunakan elemen tradisional.


Selain itu, pengalaman penggambaran video muzik lagu ini juga cukup istimewa apabila Shiha menjemput beberapa individu yang tidak dikenali dari media sosial untuk merasai sendiri pengalaman berada di set penggambaran.

Kolaborasi dengan Giant Malaysia juga diteruskan tahun ini dengan kempen raya bertemakan “Jimat Berganda, Raya Bergaya”. Melalui peraduan “Beli & Menang”, pelanggan yang berbelanja minimum RM60 berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk bar emas serta baucar tunai.


Dengan gabungan lagu yang penuh nostalgia dan kempen raya menarik daripada Giant, Memori Raya diharap dapat menjadi antara lagu yang menemani rakyat Malaysia sepanjang musim Aidilfitri tahun ini.

Comments


bottom of page