Sheila Majid Buat Peminat Tak Sabar! Teaser Baharu Tarik Perhatian!
- Ain Najihah
- 20 hours ago
- 1 min read

Ratu Jazz Negara, Sheila Majid, mencetuskan keterujaan di kalangan peminat apabila beliau mengumumkan sesuatu yang baharu bakal dilancarkan pada 15 Julai 2025!
Pengumuman tersebut dibuat menerusi hantaran di Instagram rasmi beliau, @sheilamajidofficial.
Teaser video berdurasi pendek disertakan dengan kapsyen rigkas namun penuh misteri “COMING SOON! 15th July 2025”.
Selebriti popular, Fazura turut meninggalkan komen, “ I’m readyyyy”. Pengumuman ini sememangnya dinantikan oleh rakan artis.

Sebelum ini, Sheila pernah mengucapkan terima kasih kepada peminat Kuala Lumpur atas malam persembahan yang cukup bermakna pada 18 Mac 2023.
Hal ini membuktikan bahawa aura dan karisma beliau tetap relevan dan berpengaruh sepanjang zaman.
Tarikh 15 Julai 2025 bakal menjadi detik penting dalam dunia Muzik Malaysia. Buat peminat Sheila Majid, adakah anda sudah bersedia?
Comments