Shark: The Storm - Kisah Gelap 'Survival' KIM Min- Seok Kembali Gegar Tonton
- N
- 6 hours ago
- 1 min read
“Hidup ibarat jerung, jika berhenti maka mati.”
Itulah falsafah hidup yang mendasari Shark: The Storm, sekuel penuh ketegangan kepada Shark: The Beginning (2021) yang bakal menemui penonton di Tonton bermula 29 Ogos 2025.

Drama aksi Korea Selatan ini menyingkap sisi gelap dunia survival, dendam, serta perjuangan hidup dan mati yang penuh emosi. Ia membariskan pelakon hebat termasuk KIM Min-Seok, LEE Hyun-Wook, BAE Myung-Jin, LEE Jung-Hyun, PARK Jin, dan JEONG Da-Eun.
Cha Woo-sol (lakonan KIM Min-Seok) kembali ke layar selepas menamatkan hukuman penjara. Dengan tekad untuk membina semula kehidupannya, dia mengejar impian menjadi atlet MMA profesional sambil bekerja di sebuah gim.

Namun, nasib tidak pernah berpihak kepadanya. Dalam satu sesi sparring, Woo-sol tanpa sengaja mencederakan lawannya hingga parah. Insiden itu mempertemukannya dengan Hyun Woo-yong (LEE Hyun-Wook), ketua kongsi gelap yang mengawal liga pertarungan haram yang penuh kejam.
Liga bawah tanah ini bukan sekadar pertarungan, tetapi sebuah neraka hiburan untuk golongan kaya dan berkuasa. Woo-sol yang enggan tunduk pada tawaran Woo-yong akhirnya menjadi sasaran utama.
Kini, demi bertahan hidup dan melindungi insan tersayang, Woo-sol dipaksa berdepan lawan yang jauh lebih kejam. Falsafah jerung yang tidak boleh berhenti berenang menjadi simbol perjuangan – kerana dalam dunia ini, jika berhenti, maka mati.

Dengan gabungan aksi ganas, drama emosional, dan pembangunan karakter mendalam, Shark: The Storm dijangka memberikan impak yang kuat kepada peminat drama Korea, terutamanya mereka yang dahagakan kisah survival yang realistik.
Kesemua 6 episod akan ditayangkan serentak bermula 29 Ogos 2025 hanya di Tonton – jadi peminat boleh terus ‘binge-watch’ tanpa henti!
Comments