“Setia Itu Mahal”, Anna Jobling Berani Main Api?
- Nurul Safiah
- 3 days ago
- 1 min read

Drama terbaharu Setia Itu Mahal bakal mencetus dilema jiwa penonton apabila ia mula bersiaran di slot popular Akasia TV3 bermula 28 Julai ini.
Naskhah arahan Jamal Khan dan terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd ini mengetengahkan kisah dalaman seorang wanita bergelar isteri dan ibu, Dalina, lakonan Anna Jobling, yang berdepan dilema apabila cinta lama hadir kembali dalam hidupnya.
Dalina yang merupakan pereka fesyen berjaya, kelihatan bahagia bersama suaminya Dr Hakim (Zahiril Adzim) dan anak mereka, Alia. Namun, segalanya berubah apabila Tengku Farid (Redza Rosli), cinta pertamanya yang kini suami kepada wanita berpengaruh Tengku Natasya, muncul semula dan menghidupkan kembali perasaan lama yang tak pernah padam.

“Dalina ni seorang wanita yang penuh kasih sebagai seorang ibu dan isteri, tapi dia juga manusia biasa,” ujar Anna Jobling.
Drama 28 episod ini turut menampilkan pelakon popular seperti Zahiril Adzim, Redza Rosli, dan Rita Nadira dengan skripnya ditulis oleh Sophilea.
Setia Itu Mahal akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3.
Bagi penonton digital, episod baharu boleh distrim secara percuma di iQIYI bermula jam 8.00 malam pada hari yang sama, manakala pelanggan VIP boleh menonton secara ekspres.

Comments