Sepahtu Reunion Live Gegar Arena Larkin, Dua Malam Lawak Padu Menanti!
- Nurul Safiah
- Apr 30
- 1 min read
Updated: 1 day ago

Kumpulan pelawak kegemaran ramai, Sepahtu, bakal menggegarkan Stadium Tertutup Arena Larkin menerusi Sepahtu Reunion Live Tour yang akan berlangsung selama dua malam berturut-turut, pada 31 Mei dan 1 Jun 2025.
Acara istimewa ini akan menampilkan persembahan siaran langsung pada malam pertama, manakala rakaman penuh akan dilakukan pada malam kedua iaitu 1 Jun.
Ia menjanjikan pengalaman lawak yang luar biasa, bukan sekadar persembahan biasa, tetapi sebuah reunion paling legend melibatkan barisan pelawak tersohor iaitu Jep, Rahim, Pak Ya dan Ropie.

Peminat di Johor khususnya dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan suasana dan menyokong penghibur tempatan yang telah lama mencuit hati rakyat Malaysia.
Lokasi persembahan yang terletak berhampiran Singapura juga membuka ruang kepada peminat negara jiran untuk turut serta dalam pesta gelak ketawa ini.

Tiket bagi kedua-dua malam akan mula dijual bermula 1 Mei 2025 melalui laman sesawang rasmi www.ticket2u.com.my.
Orang ramai dinasihatkan mendapatkan tiket lebih awal kerana permintaan dijangka tinggi bagi acara istimewa ini, jangan lepaskan peluang!
Comments