top of page

Seo Kang Joon & Ahn Eun Jin Jadi Pasangan 10 Tahun Dalam Drama Baru

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Kalau korang peminat K-drama, berita ni memang menarik. Drama Seo Kang Joon terbaru bakal gandingkan dia dengan Seo Kang Joon dan Ahn Eun Jin sebagai pasangan yang dah bercinta selama 10 tahun. Yes, bukan kisah cinta baru-baru kenal… tapi yang dah lama sampai rasa tu mula berubah.


Drama berjudul Not You, Another Love ini dijadualkan tayang pada separuh kedua 2026 di Korean Broadcasting System, dan akan distrim secara global di Amazon Prime Video.


Apa yang buat cerita ni relatable? Ia fokus pada realiti hubungan jangka panjang, bila perasaan “spark” tu dah tak sama macam dulu.


Dalam drama ni, Seo Kang Joon bawa watak Namgung Ho, seorang assistant manager yang nampak chill tapi sebenarnya simpan banyak luka hidup, terutama disebabkan masalah keluarga. Dalam masa sama, dia bergantung pada kekasihnya, Lee Mi Do, yang sentiasa ada sejak awal.


Mi Do pula, lakonan Ahn Eun Jin, bukan watak biasa. Dia pernah jadi pengarah filem yang ada potensi besar, siap dapat perhatian antarabangsa masa zaman universiti. Tapi realiti tak seindah yang disangka sebab projek sangkut, kerjaya merudum, dan dia mula persoalkan banyak benda dalam hidup… termasuk hubungan sendiri.


Yang menarik, konflik utama drama ni bukan orang ketiga atau drama cliché tapi perasaan yang makin berubah dalam hubungan yang terlalu “selesa”. Bila dah terlalu kenal pasangan, benda tu yang jadi punca hubungan goyah.


Dua-dua watak ni terperangkap antara dua pilihan besar: teruskan hubungan ke arah kahwin atau lepaskan segalanya.


Bagi yang rindu nak tengok Seo Kang Joon dalam genre romantik, ini mungkin comeback yang ditunggu-tunggu. Tambah pula dengan kemampuan Ahn Eun Jin yang memang power bab emosi. Gandingan ni memang ada potensi jadi heavy, tapi real.


Drama ini diarahkan oleh Hwang Seung Ki dan ditulis oleh penulis baru, Yoo Soo Ji. Gabungan fresh dan berpengalaman, nampak macam satu taruhan yang menarik.


Akhir kata, Not You, Another Love bukan sekadar kisah cinta manis. Ini cerita tentang realiti hubungan yang mungkin ramai antara kita boleh relate. Kadang-kadang, yang paling lama tu bukan yang paling pasti.

Comments


bottom of page