Seo In Guk tiba di Malaysia untuk fanmeet Heart Cookie!
- Atiqah Halim
- 40 minutes ago
- 1 min read

Selepas berbulan-bulan menunggu, akhirnya Seo In Guk sudah pun mendarat di Kuala Lumpur! Pagi tadi (10 Oktober), pelakon dan penyanyi popular Korea tu disambut meriah oleh ratusan peminat di KLIA, siap ada yang menjerit nama dia sampai security pun blur nak jaga siapa.
Semua ni sempena “Seo In Guk 2025 Asia Fan Meeting Tour — Heart Cookie” yang akan berlangsung malam ni di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur jam 8 malam. Tiket? Habis sold out! Tinggal yang resell je di X dengan harga yang buat dompet pun nangis.

Fans Malaysia memang all-out. Ada yang datang seawal subuh, bawa hadiah handmade, dan ada jugak yang siap pakai baju couple bertulis “In Guk is my doom” (throwback Doom at Your Service, iykyk).
Tour “Heart Cookie” ni sebenarnya dah mula di Jepun dan Thailand sebelum ni, dan Malaysia antara stop paling ditunggu sebab fandom Gukkies MY memang antara paling aktif di Asia. Ramai yang expect dia akan perform All For You, BeBe, dan OST kegemaran ramai, Fallen.
Yang buat ramai lagi teruja, insiders kata Seo In Guk tengah practice sebut beberapa ayat Bahasa Melayu khas untuk fans Malaysia. Kalau betul dia ucap “Saya cinta kamu” malam ni, confirm HGH Convention Centre gegar!
Di media sosial, hashtag #SeoInGukInKL dan #HeartCookieInMalaysia tengah trending non-stop sejak pagi. Ada fans sempat upload video dia senyum dekat airport dan yes, senyuman tu sahaja cukup buat ramai ‘rebah tak sempat charge phone’.
Comments