top of page

SenandungLoka Dedah Realiti Emosi Seharian dalam “Menangis Padaku”

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 1 day ago
  • 1 min read

Duo muzik indie tempatan, SenandungLoka, kembali menyentuh hati pendengar dengan single terbaharu mereka berjudul “Menangis Padaku”, yang telah dilancarkan secara rasmi pada 13 Jun 2025.


Lagu ini hadir sebagai naskhah akustik yang tulus dalam menyampaikan pesan bahawa kadang-kadang kita tidak perlu menawarkan solusi tetapi cukup sekadar menjadi pendengar.



Projek ini berlaku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu, SenandungLoka tidak mempunyai alat muzik dan hanya menggunakan voice note senandung untuk dihantar kepada ahli mereka. 


Melalui voice note itu, lahirlah lagu-lagu yang sarat emosi, jujur dan dekat dengan hati pendengar. Nama mereka sendiri membawa makna puitis iaitu “senandung” sebagai dendangan lembut dan “loka” sebagai tempat. Maka, SenandungLoka menjadi ruang selamat untuk jiwa yang ingin bersuara dan didengari.


“Menangis Padaku” yang bergenre akustik/indie folk merupakan ciptaan bersama Nasrullah Zaki, ArRasyideen Abd Halim dan Fai HK dan lirik ditulis oleh Nasrullah Zaki. 


Lagu ini menyentuh tema tentang insan-insan yang melalui ruitn hidup melelahkan tanpa sempat berkongsi beban yang mereka pikul.


“Menangis Padaku” menjadi peringatan bahawa mendengar juga adalah satu bentuk kasih sayang dan satu keperluan untuk manusia.


Menurut SenandungLoka, lagu ini bukan tentang memberikan jawapan atau penyelesaian, tetapi menjadi bahu yang sudi meminjamkan ruang untuk menangis. 


“Kalau menangis pun, tak apa,” ujar mereka dalam satu kenyataan, menzahirkan keikhlasan lagu ini sebagai tempat rehat untuk hati yang lelah.

Bagi mereka yang ingin menikmati keindahan melodi dan bait lirik “Menangis Padaku” lagu ini boleh distrim di semua platform utama termasuk Spotify dan YouTube. 


Jangan lupa untuk mengikuti perjalanan muzik SenandungLoka menerusi media sosial mereka di Instagram, Facebook dan YouTube untuk mengetahui lebih banyak kisah-kisah indah yang bakal mereka hidangkan. 


Comentários


bottom of page