Seminyak Indonesian Soulfood Buka Cawangan Kedua di KLGCC Mall
- Tasnim Ahmad
- 7 days ago
- 2 min read
Kalau korang peminat makanan Indonesia, ini berita yang boleh buat terus lapar. Seminyak Indonesian Soulfood kini buka cawangan kedua di KLGCC Mall, dan nampaknya makin serius nak ‘tapau’ hati rakyat Malaysia dengan hidangan autentik mereka.

Lepas berjaya tarik crowd di Sunway Pyramid sejak pertengahan 2025, jenama ni terus melangkah ke lokasi yang lebih premium. KLGCC Mall dipilih bukan saja sebab vibe eksklusif, tapi juga sesuai dengan konsep mereka, makan sedap dalam suasana santai tapi classy.
Apa yang menarik, Seminyak bukan sekadar restoran biasa. Ia diinspirasikan daripada suasana tropika Bali, lengkap dengan elemen dekorasi hangat, natural dan cozy. Masuk je, memang rasa macam “short escape” dari KL yang sibuk.
Di sebalik jenama ini, ada empat individu iaitu Lina Rahim, Leta Juangku, Tania Arlene dan Datin Nelydia yang share minat sama dalam dunia F&B. Journey mereka pun bukan biasa-biasa. Bermula dengan Warung Eropa TRX, kemudian Warung Jakarta, dan akhirnya lahirnya Seminyak yang fokus pada konsep “Indonesian soulfood”.
Menu pula memang main peranan besar. Antara yang paling jadi perhatian adalah Indonesian Rice Bowl Nasi Jinggo dengan konsep nasi dengan lauk berempah yang padat rasa. Pilihan dia pun bukan sikit: ayam bakar, empal beef, ayam betutu sampai ke bebek kremes. Kalau jenis suka rasa kuat dan berempah, ini memang ngam.

Selain tu, mereka juga buat mi buatan tangan setiap hari. Yes, fresh. Ini antara benda yang buat pengalaman makan kat sini rasa lebih ‘premium’ walaupun harga masih dalam kategori mampu milik sekitar RM16 hingga RM70.
Dari segi halal, tak perlu risau. Semua bahan datang dari pembekal yang disahkan, jadi sesuai untuk pelanggan Muslim yang nak cuba makanan Indonesia tanpa was-was.
Lokasi KLGCC Mall sendiri pun bagi kelebihan. Pemandangan padang golf, suasana lebih tenang, dan sesuai kalau nak makan dengan family, kawan atau even meeting santai. Senang cerita, bukan sekadar makan tapi experience sekali.
Grand opening yang berlangsung 9 April lepas pun meriah, siap ada potong tumpeng iaitu simbolik yang cukup dekat dengan budaya Indonesia.

Menariknya, Seminyak bukan nak berhenti di sini saja. Mereka ada plan untuk buka lebih banyak cawangan, termasuk luar KL, dan mungkin juga tembus pasaran ASEAN. Nampaknya, Indonesian soulfood ni memang ada masa depan cerah kat Malaysia.
Akhir kata, kalau korang tengah cari port makan baru yang lain daripada biasa, mungkin boleh masukkan Seminyak dalam list. Mana tahu, sekali cuba terus jadi tempat wajib repeat.



Comments