top of page

SELBIZ 2025: Ekspo Usahawan Selangor Kembali Dengan Festival Inovasi, Konsert Gempak & Aktiviti Keluarga

  • Writer: N
    N
  • 11 minutes ago
  • 2 min read

Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) kembali dengan edisi keempat yang bakal berlangsung dari 28 hingga 30 November 2025 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Edisi kali ini dijangka lebih meriah dengan pelbagai pengisian menarik termasuk zon teknologi tinggi, konsert tiga hari berturut-turut, pertandingan e-Sukan serta aktiviti santai buat seisi keluarga.


Acara berprestij ini dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) dengan KRU Studios Sdn Bhd dilantik sebagai pengurus acara rasmi.

ree

Menurut Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Yuzawati Yusof, SELBIZ 2025 akan terus menjadi platform penting dalam pemadanan perniagaan antara syarikat multinasional, syarikat berkaitan kerajaan serta agensi dengan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).


“Bertemakan Festival Inovasi, kami mahu SELBIZ 2025 menjadi pendorong penggunaan teknologi digital sekali gus membuka peluang PMKS menembusi pasaran antarabangsa,” katanya.

ree

Antara tarikan utama ialah Konsert Gempak SELBIZ yang menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Adira Suhaimi, Black Hanifah, Nabila Razali, Zarul Umbrella dan ramai lagi.


Selain itu, kanak-kanak pasti terhibur dengan kehadiran maskot Didi & Friends, Umar & Hana, serta kemunculan maskot baharu seperti Zan Orangutan dan Kikako Kids.


SELBIZ 2025 turut menampilkan:

  • Family Fun Run untuk pengunjung beriadah bersama keluarga.

  • Pertandingan e-Sukan bagi menarik minat generasi muda.

  • Tawaran istimewa dari pempamer serta cabutan bertuah dengan hadiah menarik.

ree

Pengurus Acara SELBIZ 2025, Dato’ Norman Abdul Halim, optimis bahawa penganjuran kali ini membawa nafas baharu dengan strategi penjenamaan dan pengisian lebih segar.


“Selain berhibur dan bersukan, pengunjung juga berpeluang mendapat pelbagai tawaran istimewa daripada pempamer,” jelas beliau.

Tahun lalu, SELBIZ mencatatkan kehadiran lebih 36,000 pengunjung dengan penyertaan lebih 200 usahawan, menghasilkan jualan melebihi RM3.55 juta.

ree

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.selbiz.my atau ikuti laman rasmi Instagram, Facebook dan TikTok SELBIZ.

Comments


bottom of page