top of page

Selangor Football Music 2025 Kembali Gegarkan Petaling Jaya, 5 Julai Ini!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 1 day ago
  • 1 min read

Festival ikonik Selangor Football Music (SFM2025) bakal kembali menghangatkan suasana ibu kota dengan gabungan hebat bola sepak dan muzik tanah air.

 

Dengan tema “Merayakan Bola Sepak Melalui Seni,” edisi tahun ini akan berlangsung pada Sabtu, 5 Julai 2025 di The Paddock, Petaling Jaya!

 

Seramai 22 penyanyi dan pemuzik dijadualkan membuat persembahan di bawah satu bumbung. 

 

Antara nama-nama yang bakal mencuri tumpuan termasuk Yonnyboii, Sekumpulan Orang Gila, 1936 Bois x Superkemal, Elpijai, Hafizcanno, Benzooloo, Los Jantos, Sabbala, The Raskal, dan ramai lagi.

 

Kehadiran pelbagai genre muzik daripada hip hop, rock hingga alternatif menjadikan SFM2025 medan pertembungan bakat-bakat terbaik negara dalam suasana penuh semangat bola sepak.

 

Lebih istimewa, penjualan tiket Early Bird kini telah dibuka dengan harga istimewa RM58 sahaja! Tiket biasa dan jualan di pintu akan berharga RM78.

 

Orang ramai boleh mendapatkan tiket menerusi pautan rasmi di sfm.ubertickets.asia.

 

Jangan lepaskan peluang menyaksikan kolaborasi unik antara muzik dan bola sepak dalam satu malam penuh warna dan aksi!



Comments


bottom of page