Satu Tahun di Carta Global: Billie Eilish Terus Menawan Dunia Muzik
- Ain Najihah
- May 26
- 1 min read

Billie Eilish sekali lagi mengukir sejarah dalam industri muzik global apabila lagunya yang berjudul “Birds of a Feather” berjaya mengekalkan kedudukannya dalam carta Top 10 Spotify Global selama lebih 365 hari dan menjadikannya sebagai lagu pertama oleh artis wanita yang mencapai pencapaian luar biasa ini.
Kejayaan ini menandakan satu pencapaian emas bukan sahaja buat Billie Eilish, malah buat penyanyi wanita secara keseluruhan. Lagu yang sarat dengan emosi dan keunikan suara Billie itu terus mendapat tempat di hati pendengar dari seluruh dunia sejak ia dilancarkan.
Dalam era muzik yang bergerak pantas dan penuh persaingan, bagi sebuah lagu untuk bertahan selama setahun dalam 10 teratas global adalah satu bukti kukuh terhadap keunikan yang ada pada lagu Billie Eilish.
Kini, “Birds of a Feather” bukan sahaja menjadi lagu kegemaran ramai, malah ia juga telah menjadi sebahagian daripada sejarah muzik dunia.
Kommentare