SAMSONS Bakal Gegar Kuala Lumpur 9 November Ini dengan Konsert ‘Kenangan Terindah’
- kaypohmedia
- Aug 7
- 1 min read
22 tahun cinta, memori, dan emosi yang tidak pernah pudar. Kini, SAMSONS kembali ke Malaysia untuk menghidupkan semula segala detik indah itu menerusi konsert istimewa mereka, Kenangan Terindah Live Concert.
Bertempat di IDEA Live Arena, Kuala Lumpur pada Ahad, 9 November 2025, konsert ini menjanjikan malam yang akan menyentuh jiwa dan menggamit kembali kenangan paling bermakna dalam hidup peminat.

Bayangkan setiap bait lirik membawa anda semula ke saat pertama jatuh cinta, perpisahan sunyi yang pernah dilalui, dan kegembiraan yang masih terasa hingga kini. Lagu-lagu malar segar seperti Kenangan Terindah, Naluri Lelaki, Akhir Rasa Ini dan Rayu akan membalut hati anda dengan nostalgia dan harapan.
Tiket kini boleh didapati bermula 6 Ogos 2025, jam 2 petang (MYT) menerusi laman web dan aplikasi rasmi Fantopia dan Ticket2U
Kategori Tiket & Harga:
Kenangan Terindah (Free Standing): RM196
Akhir Rasa Ini (Free Standing): RM154
Naluri Lelaki (Free Seating): RM175
Kisah Tak Sempurna (Free Seating): RM279
Bukan Diriku (Free Seating): RM342
Rayu (Free Seating): RM404
Luluh (Free Seating): RM550
Kecanduan (Free Seating): RM342
VVIP Pass (All Access + Merchandise): RM5,000

Dibawakan oleh Orlaith Inc dan disokong oleh Koloni Anak Seni serta Treasure Hit, konsert ini dijangka menjadi penutup tahun yang paling dinanti oleh peminat muzik Malaysia.
Ayuh, jangan sekadar menyimpan memori, datang dan rasakan sendiri keajaiban malam itu bersama SAMSONS.









Comments