top of page

Samsol (Bunkface) Lancar Single Solo Pertama Berjudul “BORAK”

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 12 minutes ago
  • 1 min read

Vokalis utama kumpulan pop punk terkenal Malaysia, Bunkface, kini mencipta langkah baharu dalam karier muziknya apabila tampil secara solo dengan nama pentas SAMSOL.

 

Menerusi single sulung berjudul “BORAK”, beliau menyampaikan mesej penting tentang kejujuran dan komunikasi terbuka dalam perhubungan.

 

Lagu “BORAK”, yang kini tersedia di semua platform penstriman digital, mengetengahkan sisi lebih peribadi dan matang Samsol, berbeza daripada imej garang dan bertenaga bersama Bunkface.

 

Melodi pop yang santai dan mesra telinga ini membawa pendengar menyelami cerita tentang pasangan, sama ada suami isteri mahupun kekasih yang cuba mencari titik damai melalui perbualan jujur dan terbuka.

 

“Saya tulis ‘BORAK’ sebab saya rasa sangat penting untuk pasangan, terutama yang sudah lama bersama, untuk terus bercakap secara jujur dan terbuka.
“Kadang-kadang, borak yang paling simple pun boleh buat hubungan terus kuat,” jelas Samsol

 

Dengan vokal khas yang sudah sinonim dengan peminat muzik tempatan, Samsol membawakan lirik-lirik penuh makna yang mudah difahami dan dekat dengan pengalaman ramai.

 

Single ini turut memperlihatkan permulaan perjalanan solo Samsol yang menjanjikan lebih banyak karya matang dan menyentuh jiwa, tanpa mengorbankan elemen catchy dan vibe positif yang sudah menjadi identiti beliau.

 

Saksikan bagaimana Samsol mengangkat mesej cinta yang realistik bukan sekadar romantik, tetapi tentang duduk berbual dan saling memahami.


Comments


bottom of page