top of page

SAJA BOYS CURI TUMPUAN! Lagu ‘Your Idol’ Catat Rekod K-pop Lelaki Tertinggi di Spotify A.S., Atasi BTS!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Kumpulan K-pop fiksyen dari filem animasi Netflix Kpop Demon Hunters, Saja Boys, kini menjadi fenomena muzik global apabila lagu mereka “Your Idol” melonjak ke tangga kedua carta Spotify A.S..

 

Perkara ini sekaligus mengatasi rekod lagu “Dynamite” oleh BTS yang sebelum ini berada di tangga ketiga. Ini menjadikan “Your Idol” sebagai lagu K-pop boy group paling tinggi pernah dicapai di carta tersebut.

 

Pengarah Kpop Demon Hunters, Maggie Kang, menyuarakan hasrat untuk melihat kolaborasi antara dua kumpulan ini, satu realiti dan satu rekaan.

 

Filem Kpop Demon Hunters, yang ditayangkan pada 20 Jun lalu, turut mencipta sejarah apabila album runut bunyinya debut di tempat kelapan dalam carta Billboard 200, menjadikannya soundtrack dengan kemunculan tertinggi untuk tahun ini.

 


BTS dalam satu sesi siaran langsung pada 1 Julai lalu memberikan bayangan mereka mungkin kembali dengan muzik baharu untuk “merampas” semula carta dengan kenyataan sinis bahawa mereka akan “kembali pada satu Spring Day di tahun 2026.”

 

Adakah dunia K-pop kini memasuki era di mana idola fiksyen mengatasi legenda sebenar.

 

Satu perkara pasti, Saja Boys bukan sekadar fantasi, mereka kini realiti dalam carta global.


Comments


bottom of page