top of page

Ryu Jun Yeol & Hong Kyung Bergabung Dalam Thriller Netflix ‘Outback’

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 3 hours ago
  • 2 min read

Peminat K-drama, ini berita yang susah nak abaikan. Ryu Jun Yeol dan Hong Kyung kini sah berganding dalam siri thriller terbaru Netflix, Outback dan dari sinopsis awal saja, dah nampak vibe dia gelap, misteri dan penuh tanda tanya.


Siri Outback ini diadaptasi daripada webtoon popular G’day yang pernah diterbitkan di Lezhin Comics. Jalan ceritanya follow watak Shi On yang terbang ke Australia untuk mencari adik perempuannya yang hilang. Dalam perjalanan tu, dia bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Hans iaitu watak yang dijangka akan dibawakan oleh Ryu Jun Yeol.


Kalau tengok rekod lakonan Ryu Jun Yeol sebelum ni, memang dia bukan jenis pilih watak biasa-biasa. Jadi, ramai dah mula speculate karakter Hans ni mungkin ada twist besar.


Menariknya lagi, Outback turut menemukan Ryu Jun Yeol dengan Hong Kyung buat kali pertama. Hong Kyung pula bukan nama asing. Dia pernah mencuri perhatian dalam Weak Hero Season 1, dan kali ini dia kembali bekerjasama dengan produksi yang sama, Shortcake.


Untuk yang follow perjalanan karier Hong Kyung, tahun lepas pun dia agak busy. Selain muncul dalam siri Netflix Good News, dia juga terlibat dalam filem Concrete Market. Malah, lakonan dia dalam Good News berjaya melayakkan dia tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Baeksang Arts Awards.


Di kerusi pengarah pula, projek ini dikendalikan oleh Jeon Doo Kwan, nama yang mungkin familiar bagi peminat thriller, terutamanya melalui siri Seen. Jadi dari segi storytelling, memang ada harapan tinggi.


Dalam masa yang sama, Ryu Jun Yeol juga dijangka muncul dalam satu lagi siri Netflix berjudul Mousetrap tahun ini. Nampaknya, 2026 memang tahun sibuk untuk dia.


Apa yang pasti, gabungan pelakon kuat, jalan cerita misteri di Australia, dan latar belakang webtoon popular buatkan Outback antara siri yang patut masuk dalam watchlist.

Comments


bottom of page