Royal Selangor Jazz Festival Kembali! 19 Kumpulan, 13 Jam Muzik Tanpa Henti
- Nurul Safiah
- Jun 11
- 1 min read

Festival jazz paling dinantikan kembali memeriahkan kalendar seni tempatan apabila Royal Selangor Jazz Festival 2025 diumumkan bakal berlangsung pada 10 Ogos ini di Royal Selangor Visitor Centre.
Membawa tema muzik yang merentasi generasi dan genre, acara ini bakal menghimpunkan 19 kumpulan jazz terkemuka tanah air dalam persembahan selama 13 jam tanpa henti, bermula dari jam 10 pagi hingga 11 malam.
Festival ini menampilkan nama-nama besar seperti Tay Cher Siang, David Gomes, Junji Delfino, May Mow, Jiu Shi Yi, Rizal Tony & Intan Shafinaz, dan ramai lagi!

Empat pentas akan digunakan semasa festival bagi menampilkan variasi persembahan sepanjang hari.
Selain muzik live, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti sampingan seperti tayangan filem jazz, sesi jamming terbuka, pasar seni, gerai makanan daripada trak makanan, serta tawaran eksklusif sepanjang festival.
Tiket awal kini boleh didapati pada harga RM120 sehingga 30 Jun 2025. Manakala harga biasa RM150 akan bermula pada 1 Julai 2025. Ahli Royal Selangor Privileges turut ditawarkan kadar istimewa.
Royal Selangor Jazz Festival bakal menjadi tumpuan peminat muzik jazz dan seni kontemporari!

Comments