Rosé BLACKPINK Lancar Rosie Pop-Up Store di Kuala Lumpur Hari Ini!
- Nurul Safiah
- 6 hours ago
- 1 min read

Peminat BLACKPINK, khususnya peminat Rosé, pastinya teruja apabila penyanyi kelahiran Korea Selatan itu secara rasmi melancarkan Rosie Pop-Up Store hari ini di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Pop-up eksklusif ini bukan sekadar ruang jualan biasa. Ia merupakan pengalaman imersif yang menampilkan pelbagai instalasi visual menarik serta koleksi barangan edisi terhad yang diinspirasikan daripada album solo Rosé dan lagu-lagu hit miliknya.
Dari pakaian hingga aksesori unik, setiap item yang dipamerkan memberi penghormatan kepada gaya dan identiti seni Rosé yang tersendiri.
Acara ini akan berlangsung selama hampir dua minggu, bermula hari ini 17 Jun sehingga 29 Jun. Sepanjang tempoh itu, peminat diberi peluang untuk menyelami dunia Rosé dalam suasana yang serba estetik dan eksklusif.
Lebih menarik, kemasukan ke pop-up store ini adalah percuma menjadikannya destinasi wajib singgah bagi para BLINK sepanjang bulan ini.
Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Level G, Zon B, The Exchange TRX, pop-up ini dijangka menerima kunjungan peminat dari seluruh negara.
Jika anda peminat tegar Rosé atau sekadar ingin merasai pengalaman unik yang jarang-jarang berlaku di Malaysia, ini peluang anda!
コメント