top of page

Rockology Bakal Gegar Johor: Tiga Lagenda, Satu Malam Yang Tak Akan Dilupakan!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 1 day ago
  • 1 min read

Dentuman rock bakal membelah langit Johor Bahru apabila konsert Rockology menjengah selatan tanah air pada 5 Julai 2025!

 

Bertempat di EduCity Sports Complex, Rockology bukan sekadar konsert biasa, namun menjanjikan malam luar biasa menyatukan tiga figura lagenda muzik rock tanah air di satu pentas, satu malam, satu sejarah.

 

Debaran semakin terasa apabila penganjur, RPM Events mengumumkan tiket akan mula dijual Ahad ini jam 3 petang di laman rasmi rpm.ubertickets.asia.

 

Dari nama pentas sahaja sudah cukup menggoda, dan kali ini, pentas itu menjanjikan sistem audio mantap dan visual yang bakal membakar semangat setiap peminat tegar.

 


Dengan barisan tempat duduk yang ditawarkan dari RM98 hingga RM350, setiap zon menyajikan pengalaman berbeza, dari ruang berdiri bebas yang liar dan bertenaga, hingga ke zon Diamond yang menjanjikan kedudukan terbaik menghadap aksi sang lagenda.

 

Sama ada anda mahu melompat bersama crowd atau duduk eksklusif sambil menyanyi sekuat hati, Rockology ada semuanya.

 

Ini bukan konsert yang datang setiap tahun. Ini himpunan suara-suara yang pernah membentuk jiwa generasi. Ini detik di mana rocker sejati wajib hadir!

 

Sudahkah anda bersedia untuk malam yang akan dikenang seumur hidup, jom!

 


Comments


bottom of page