Robozeta Kembali, Animasi Robot Tempatan ‘Comeback’
- Tasnim Ahmad
- 4 days ago
- 1 min read
Kalau korang membesar dengan minat pada animasi aksi, berita Robozeta kembali memang satu throwback yang best. Siri animasi robot tempatan ini kini ditayangkan semula, sekali gus menghidupkan semula minat terhadap genre adiwira robot dalam industri kreatif Malaysia.

Apa yang menarik, Robozeta bukan sekadar ulang tayang biasa. Ia hadir dengan gaya penceritaan yang santai dan mudah faham, tapi masih kekalkan elemen aksi robot gergasi yang jadi tarikan utama. Kiranya, tak perlu jadi hardcore fan sci-fi pun masih boleh layan.
Dalam landskap animasi tempatan, Robozeta sebenarnya antara yang awal berani bawa konsep pertarungan robot berskala besar. Ianya sesuatu yang biasanya kita tengok dalam produksi luar negara. Jadi bila ia muncul semula sekarang, memang terasa macam “eh, kita pun ada benda ni dulu.”
Satu lagi kelebihan siri ni ialah sasaran penontonnya luas. Bukan setakat kanak-kanak, tapi remaja dan dewasa muda pun boleh enjoy. Rekaan watak yang ringkas, senang ingat, ditambah pula dengan aksi yang ‘besar’, buatkan ia sesuai jadi tontonan santai satu keluarga.
Setakat ini, Robozeta dah berkembang sampai empat musim dengan jumlah 52 episod. Bukan sikit tu, ia menunjukkan ada kesinambungan dan permintaan terhadap animasi tempatan dalam genre aksi dan sains fiksyen.
Kemunculan semula Robozeta ni juga sebenarnya bagi signal yang jelas dimana animasi tempatan masih ada ruang untuk grow, especially dalam genre yang jarang diterokai macam robot dan sci-fi. Lagi-lagi sekarang, audience pun makin terbuka nak support karya tempatan.
Apa-apa pun, Robozeta dah mula ditayangkan semula minggu ini. So kalau nak throwback atau baru nak kenal, ini timing yang ngam untuk start tengok.



Comments