Rizky Febian Kembali Menyentuh Jiwa dengan Single Terbaru “Malam Rawan”
- Nurul Safiah
- Jun 20
- 1 min read

Penyanyi dan komposer berbakat Indonesia, Rizky Febian mengeluarkan single terbaharu berjudul Malam Rawan, yang lirik videonya telah dilancarkan secara rasmi hari ini menerusi saluran YouTube Rizky Febian.
Malam Rawan menyampaikan suara hati para pengagum rahsia, mereka yang menyimpan rasa cinta dalam diam, terlalu takut untuk mengungkapkannya kerana bimbang hubungan yang terjalin akan musnah, atau sekadar kurang yakin terhadap diri sendiri.
Dengan susunan muzik pop lembut yang mengalir seperti luahan batin dalam keheningan malam, lagu ini sarat emosi dan cukup dekat dengan perasaan ramai pendengar.

Karya ini merupakan hasil ciptaan Rizky Febian, Bowo Soulmate, Belanegara Abe dan Kaleb J.
Dengan hanya 12 jam sejak dimuat naik, video lirik rasmi Malam Rawan telah mula meraih perhatian dan pujian peminat yang rindu pada sisi puitis dan melankolis Rizky Febian.
“Malam Rawan” bukan sekadar lagu cinta, ia adalah monolog sunyi yang akhirnya diberi suara.
Comments