top of page

Ready or Not 2: Here I Come Kembali Dengan Permainan Lebih Ganas, Grace Kini Bukan Mangsa Lagi

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 4 minutes ago
  • 2 min read

ree

Nama Ready or Not kembali jadi sebutan dalam dunia filem horror apabila sekuelnya berjudul Ready or Not 2: Here I Come dijadualkan menemui penonton pada tahun 2026. Selepas kejayaan luar jangka filem pertama pada 2019, ramai peminat tertanya tanya sama ada sambungan ini mampu mengulangi impak yang sama atau sekadar bergantung kepada nostalgia.


Watak Grace yang dilakonkan oleh Samara Weaving kembali sebagai tunjang utama. Bezanya kali ini, dia bukan lagi wanita yang cuba melarikan diri semata mata. Grace digambarkan sebagai seorang survivor yang sudah melalui trauma dan kini lebih bersedia untuk melawan. Daripada mangsa, dia berubah menjadi watak yang lebih agresif dan berani.


Dari segi barisan pelakon pula, Ready or Not 2 tampil dengan muka muka baru yang bukan biasa biasa. Antara yang mencuri perhatian termasuk Kathryn Newton, Sarah Michelle Gellar dan Elijah Wood. Gabungan generasi lama dan baharu ini dilihat sebagai satu taruhan besar untuk memastikan filem ini menarik minat penonton dari pelbagai lapisan usia.


ree

Dunia permainan maut dalam sekuel ini juga dikatakan lebih besar berbanding filem pertama. Jika sebelum ini fokus hanya pada sebuah keluarga kaya yang penuh rahsia, kali ini skala permainan diperluaskan. Ia membayangkan wujudnya rangkaian lebih besar yang mengamalkan ritual permainan hidup dan mati sebagai satu tradisi. Ini sekaligus menaikkan tahap ancaman serta risiko terhadap watak utama.


Elemen horror dan dark comedy yang menjadi identiti Ready or Not turut dikekalkan. Pengarah asal Radio Silence masih berada di kerusi yang sama dan mereka sememangnya terkenal dengan kebolehan menggabungkan unsur seram dengan humor gelap secara seimbang. Inilah faktor utama yang menjadikan filem pertama sebagai cult favourite dalam kalangan peminat horror moden.


Namun begitu, tidak semua peminat menyambut sekuel ini dengan keyakinan penuh. Antara kebimbangan utama adalah risiko jalan cerita yang terlalu menyerupai filem pertama. Jika permainan yang ditampilkan terlalu sama, penonton mungkin cepat berasa jemu walaupun skala dan visual dipertingkatkan.


ree

Selain itu, pertambahan ramai pelakon besar juga boleh menjadi pedang dua mata. Jika tidak dikendalikan dengan baik, beberapa watak berisiko sekadar menjadi hiasan tanpa impak besar kepada naratif utama. Tambahan pula, filem pertama meletakkan penanda aras yang tinggi sehingga menjadikan tekanan terhadap sekuel ini semakin berat.


Secara keseluruhan, Ready or Not 2: Here I Come bukan sekadar sambungan kosong untuk mengaut keuntungan. Ia membawa potensi besar untuk membina sebuah francais horror moden yang lebih luas dan berani. Persoalannya kini hanya satu, sama ada pembikin filem berani mengubah permainan atau sekadar mengulang formula lama.


Jawapannya bakal terungkai apabila filem ini ditayangkan tidak lama lagi. Bagi peminat genre horror, ini antara judul yang wajib masuk dalam senarai tontonan 2026.



Comments


bottom of page