top of page

Rayme Rampas Tempat Pertama di Minggu Keempat Raise The Star Malaysia!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 1 day ago
  • 1 min read

Persaingan semakin sengit di pentas Raise The Star Malaysia apabila peserta berbakat, Rayme, berjaya mendominasi kedudukan minggu keempat dengan markah tertinggi keseluruhan sebanyak 74.02%. 

 

Kejayaan ini sekaligus meletakkan Rayme sebagai peserta teratas buat pertama kali dalam pertandingan ini.

 

Tempat kedua dan ketiga pula diraih oleh Zury (68.62%) dan Scha Nuril (68.23%), yang masing-masing menunjukkan peningkatan ketara dalam persembahan mereka.

 

Bersama Hariz Fayahet (62.40%) dan Pasya (61.22%), kelima-lima peserta ini kini berada dalam kelompok eksklusif The Five.

 

Namun, minggu keempat turut menyaksikan penyingkiran dua peserta iaitu Ayiena (46.56%) dan Maria Effendi (42.49%) yang memperoleh markah terendah.

 

Penyingkiran ini memberi isyarat bahawa saingan kini semakin ketat dan hanya peserta dengan persembahan paling menyerlah akan mara ke minggu seterusnya.

 

Sementara itu, Melinda Dadew terus mencuri perhatian apabila sekali lagi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gempak Star On Fire, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai antara peserta paling konsisten dalam musim ini.

 

Jangan lepaskan peluang untuk terus mengikuti perjalanan para bintang baharu ini dalam Raise The Star Malaysia, setiap minggu di Astro Ria, serta boleh distrim di On Demand, Astro GO dan sooka. 


Comentários


bottom of page