top of page

Raya Bersama P. Radhi: Lagu Nostalgia Raya Klasik

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Raya kali ini rasa lain sikit bila P. Radhi muncul dengan single terbarunya, “Raya Bersama”, yang terus bawa kita flashback ke zaman Raya klasik. Dari pagi Syawal yang meriah, juadah tradisional yang sedap, sampai momen manis bersama keluarga. Semuanya seolah-olah bermain semula di minda pendengar. Lagu ini bukan sekadar hiburan; ia juga ajak kita saling bermaafan dan buka lembaran baru dengan hati yang bersih.


Single terbaru ini ciptaan Firdaus Rashid, seorang komposer baru bawah naungan Luncai Emas, menandakan karya terbaharu P. Radhi selepas “Gadis Chantek” pada 2024. Kalau korang sempat follow projek terdahulu dia, pasti ingat lagu rakaman semula seperti “Tiara” dan “Suatu Masa” yang juga hit di kalangan peminat muzik klasik Melayu.


P. Radhi, nama penuhnya Muhammad Radhi Ab Rahman, memang sinonim dengan gaya nyanyian ala seniman legendaris Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, tapi tetap kekal dengan sentuhan unik dan personaliti sendiri. Juara Bintang P. Ramlee Kebangsaan 2016 ini nampaknya tak nak hilang aura klasik tapi tetap relevan dengan zaman sekarang.


Menurut P. Radhi,

“Saya harap lagu ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tapi dapat mengeratkan lagi ukhwah dan keceriaan sesama kita di hari lebaran.”

Dan memang betul, “Raya Bersama” rasa dekat di hati, mengingatkan kita semua pada momen manis bersama keluarga, jiran, dan rakan-rakan.


Buat korang yang nak rasa sendiri vibe nostalgia Raya klasik ini, lagu “Raya Bersama” kini dah boleh didengar di semua platform penstriman digital utama dan juga di YouTube Luncai Emas. Jadi, sambil makan ketupat dan rendang, bolehlah stream lagu ni, confirm Raya makin feel-full!

Comments


bottom of page