Ratu Borneo Marsha Milan Raikan Budaya dan Peminat dalam "Misompuru The Experience"!
- Ain Najihah
- 13 hours ago
- 1 min read

Aura budaya Borneo membanjiri ruang RXP, REX KL semalam apabila Ratu Borneo, Marsha Milan mengadakan sesi eksklusif “Misompuru: Borneo Album Listening Session” bersama para peminat dan wakil media.
Nama “Misompuru”, yang bermaksud keramaian dalam bahasa Dusun, cukup menggambarkan semangat acara ini iaitu satu perhimpunan penuh kehangatan, seni dan warisan budaya.

Album “Misompuru” adalah naskhah istimewa hasil cinta Marsha terhadap tanah kelahirannya, menggabungkan melodi nostalgia dan elemen muzik etnik Sabah dan Sarawak dalam gaya kontemporari.
Antara lagu yang dibawakan secara langsung ialah Nalan Nalan, Lintah Darat, Hey Aramati Ti, Pelangi Pasti, Santai Saja dan Sumandak Sabah.

Dalam sesi istimewa ini, Marsha mempersembahkan kesemua lima lagu secara langsung, diiringi dengan demonstrasi seni budaya seperti tarian Magunatip, Sumazau, persembahan sumpit serta hidangan tradisional Borneo.
Kejayaan Misompuru bukan sahaja diraikan di Malaysia, malah turut mendapat pengiktirafan antarabangsa. Selepas menjuarai AJL 39, Marsha dijemput mewakili Malaysia ke ROUND ASEAN-Korea Music Festival 2025. Ini membuktikan bahawa keunggulan Ratu Borneo di peringkat global .
Sesi ini mengukuhkan lagi hubungan istimewa antara Marsha dan para peminatnya, sambil memperkenalkan warisan Borneo kepada khalayak yang lebih luas.
Kehadiran peminat yang berpakaian bertemakan Borneo turt menjadikan sesi ini lebih bermakna dan bukan sekadar hiburan tetapi satu pengalaman budaya yang unik.
Bagi yang terlepas, jangan risau! Anda masih boleh menikmati kesemua lagu daripada album Misompuru di semua platform penstriman digital utama!
Comments