top of page

"Rangga & Cinta" Bawa Nostalgia ke Pawagam Mulai 6 November

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 1 day ago
  • 2 min read
ree

Siapa sangka Rangga dan Cinta bukan sahaja masih hidup dalam memori kita, tapi kali ni dua ikon cinta remaja Indonesia tu betul-betul menyanyi di pawagam! 


Ya, “Rangga & Cinta”, arahan sutradara legend Riri Riza, bakal menggegarkan layar lebar bermula 6 November 2025. Tapi jangan bayang ni macam remake biasa-biasa, filem ni memainkan versi muzikal untuk kisah paling ikonik dalam sejarah sinema Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta?


ree

Yang pernah membesar dengan AADC? mesti akan rasa nostalgia attack, tapi kali ni dengan nafas baharu sebab semuanya digerakkan oleh lagu-lagu OG duo cinta sejati muzik Indonesia, Melly Goeslaw & Anto Hoed.


Dua nama ni lah yang cipta “Ada Apa Dengan Cinta” dan “Bimbang” dahulu. Sekarang, mereka kembali dengan karya baru untuk generasi baru. Gabungan puisi, melodi dan emosi yang boleh buat kita senyum sambil air mata meleleh sikit (biasalah kan, cinta zaman sekolah tu memang lain). 


Dan kalau korang tertanya-tanya siapa berani ambil alih tempat Nicholas Saputra & Dian Sastro, jawapannya ialah El Putra Sarira sebagai Rangga dan Leya Princy sebagai Cinta. Dua pelakon muda ni dikatakan berjaya membawa vibe misteri Rangga dan keanggunan bijak Cinta dengan cara yang lebih segar, lebih Gen Z coded dan ya, lebih relatable untuk zaman sekarang.


ree

Riri Riza pun kata, projek ni bukan sekadar remake tapi satu eksperimen berani yang menggabungkan muzik, puisi dan sinematografi. Katanya, dia nak orang rasa the same warmth & joy yang dia alami sepanjang penggambaran. 


Filem ni baru sahaja debut di Busan International Film Festival (BIFF) 2025, dan katanya, sambutan yang diterima sangatlah meriah. Ramai puji keberanian Riri dan team untuk revive cinta paling ikonik nusantara dalam bentuk baru yang berani dan puitis.

Malaysia pun bakal kena tempias love fever ni bila Rangga & Cinta rasmi masuk pawagam bulan depan.


Primeworks Studios, selaku pengedar rasmi, janji pengalaman ni bukan sekadar filem, tapi surat cinta yang bernyanyi untuk jiwa yang pernah mencintai. 


Jadi, siapa nak jadi antara yang pertama sing along dengan Rangga dan Cinta, mark your calendar, 6 November 2025, pawagam seluruh Malaysia. Jangan lupa tisu, sebab kita semua tahu ending dia tak pernah gagal buat hati pecah halus-halus. 


ree

Comments


bottom of page