top of page

Raise The Star Malaysia, Pentas Baharu Cungkil Bakat Vokal Tempatan

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • May 7
  • 1 min read


Astro sekali lagi mengorak langkah dalam dunia hiburan tanah air dengan memperkenalkan program realiti nyanyian terbaharu, Raise The Star Malaysia.


Program ini menawarkan format digital yang inovatif. Raise The Star Malaysia bakal menyaksikan gabungan lima komposer terkenal negara dengan barisan peserta berbakat dalam misi mencari suara terbaik untuk menghidupkan karya asli mereka.



Antara komposer yang terlibat sebagai mentor ialah Ajai, Aina Abdul, Shila Amzah, Audi Mok dan Ikhwan Fatanna. Mereka bukan sahaja bertindak sebagai penilai, tetapi juga akan membimbing peserta sepanjang lapan minggu pertandingan.


Sebanyak 30 peserta terbaik akan dipilih daripada sesi uji bakat untuk menyertai pertandingan ini. Mereka perlu meraih markah tertinggi daripada juri profesional serta undian peminat dalam talian untuk terus kekal dan berpeluang dipilih sebagai penyanyi kepada lagu ciptaan mentor masing-masing.


Uji bakat terbuka secara fizikal akan diadakan pada 10 dan 11 Mei 2025 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, manakala uji bakat dalam talian telah bermula dan akan berakhir pada 8 Mei menerusi penggunaan tanda pagar #RaiseTheStarMY di media sosial.


Program ini akan mula bersiaran pada 22 Jun 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan turut boleh distrim melalui Astro GO, sooka, serta On Demand. Raise The Star Malaysia dengan sokongan penaja utama, U Mobile dijangka akan menjadi platform penting dalam mencungkil bintang baharu industri muzik tempatan.


Comentarios


bottom of page