Raisa Kini Lancarkan Album Terbaharu ambiVert!
- Nurul Safiah
- 4 hours ago
- 1 min read

Penyanyi wanita popular, Raisa, melancarkan album studio kelimanya berjudul ambiVert pada 25 Jun, menampilkan 11 buah lagu baharu yang sarat dengan emosi dan nilai peribadi.
Album ambiVert mengangkat tema gabungan dua sisi personaliti iaitu introvert dan ekstrovert, di mana Raisa menzahirkan perjalanan dirinya dari sudut pandang yang berbeza.
“Dalam album saya yang baharu, ada satu lagu berjudul Semua Di Sini dan saya sangat suka dengan liriknya, ‘tak pernah merasa utuh bila tak ada yang butuh’.
“Ia sangat menggambarkan diri saya, saya sering rasa perlu menjaga dan membahagiakan ramai orang. Bila saya tak diperlukan atau tak dapat membantu sesiapa, saya mula tertanya-tanya... adakah saya masih berharga?” ujar Raisa.

Melalui lagu-lagu yang dibawakan, Raisa menyentuh pelbagai emosi seperti keresahan, patah hati, cinta dan penyembuhan diri.
Antara yang paling dinantikan ialah kolaborasi bersama dua penyanyi lelaki berbakat iaitu Rony Parulian menerusi lagu Tetap Bukan Kamu, dan Barsena Bestandhi dalam lagu Awal Kisah Selamanya.

Album ini memperlihatkan bukan hanya kematangannya sebagai seorang penyanyi, malah juga sebagai individu yang terus berkembang melalui muzik.
Raisa berharap karya ini akan memberi inspirasi kepada para pendengar, terutama mereka yang sedang melalui fasa kehidupan penuh cabaran dan pencarian diri.
Comments