top of page

Rahsia Diet Mierul Aiman: Lebihkan Protein, Kurangkan Karbohidrat & Ada Hari 'Cheat Day'!

  • kaypohmedia
  • 3 days ago
  • 1 min read

Pelakon berbakat Mierul Aiman mendedahkan rahsia mengekalkan bentuk badan idealnya gabungan pemakanan seimbang dan rutin senaman yang konsisten. Mierul lebih mengutamakan pengambilan sayur-sayuran dan protein dalam diet hariannya berbanding karbohidrat.

Rahsia Diet Mierul Aiman: Lebihkan Protein, Kurangkan Karbohidrat & Ada Hari 'Cheat Day'!
"Untuk kekalkan bentuk badan ideal ini, pemakanan adalah perkara paling utama saya titik beratkan," jelas Mierul. "Saya lebihkan protein dan banyakkan sayur. Senaman pun saya buat secara berkala, walaupun bukan setiap hari ke gim."

Menariknya, pelakon yang dikenali ramai menerusi pelbagai watak ikonik ini tidak terlalu ekstrem dalam mengawal diet. Dia tetap meluangkan masa untuk menikmati makanan kegemarannya melalui ‘cheat day’.


"Ada hari saya nak makan nasi lemak, saya makan sahaja. Tak ada masalah selagi saya kawal secara keseluruhan," katanya kepada mStar.
Rahsia Diet Mierul Aiman: Lebihkan Protein, Kurangkan Karbohidrat & Ada Hari 'Cheat Day'!

Mierul turut dilihat aktif melakukan senaman di gim sebagai sebahagian daripada rutin menjaga stamina dan bentuk tubuh. Gabungan senaman dan disiplin dalam pemakanan menjadi kunci keseimbangan gaya hidup sihatnya.


Dalam perkembangan kerjaya terkininya, Mierul bakal muncul dalam drama bersiri terbaharu berjudul Anak-Anak Mafia yang bakal ditayangkan di platform penstriman Tonton bermula 12 Jun ini. Drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon muda seperti Fitri Farok, Scha Elinnea, Fariz Isqandar dan Zhen Ning.

Rahsia Diet Mierul Aiman: Lebihkan Protein, Kurangkan Karbohidrat & Ada Hari 'Cheat Day'!

Peminat boleh menyaksikan lakonan penuh aksi dan emosi Mierul dalam siri 10 episod ini yang menjanjikan jalan cerita yang penuh konflik dan kejutan.

Comentarios


bottom of page