Bila Ilmu Hitam Jadi Mainan, Mawar Bukan Lagi Sekadar Nama Tapi Bala Yang Menyapa
- Atiqah Halim
- 5 hours ago
- 2 min read

Kalau korang ingat cerita hantu Malaysia dah tak boleh buat jantung berdegup laju, nahhh korang salah. Qifarah datang nak remind semula siapa boss sebenar genre seram lokal. Bawah arahan Ghaz Abu Bakar, filem ni bukan sekadar nak bagi korang terkejut dengan bunyi seretan kaki tengah malam, tapi dia datang dengan mesej yang betul-betul deep iaitu setiap dosa ada balasan dan kadang-kadang, balasan tu datang dalam bentuk paling ngeri.
Watak Mawar, dilakonkan oleh Sharifah Sakinah, bukan lagi perempuan biasa yang marah sebab cinta direbut, tetapi dia pergi full dark mode. Nak kekal berkuasa dan kaya, dia sanggup serah diri pada ilmu hitam dan guna sihir untuk kawal keluarga Ghazali (Esma Daniel). Tapi korang tahu lah kan, bila main dengan benda-benda syirik ni, tiada siapa menang lama. Rumah tangga yang nampak mewah mula runtuh, rahsia lama terbongkar satu-satu, dan boom! Semua orang kena balasan masing-masing.
Cerita ni ikut perspektif Yusoff (Remy Ishak), anak lelaki yang balik dari Cairo sebab ayah dia tengah nazak. Tapi bila balik, terus terperangkap dalam kisah lama ayahnya yang pernah curang dengan Mawar, isteri kedua yang bawa sumpahan berdarah ke dalam keluarga itu. Dan di sini lah konsep “qifarah” tu jadi nyata. Pembalasan Tuhan yang datang bukan sebab kau buat dosa besar sahaja, tetapi sebab kau lupa Tuhan masa tengah seronok.

Sejujurnya, Qifarah ni bukan tipikal cerita hantu yang asyik jerit-jerit atau tunjuk pontianak bertenggek di tingkap. Dia lebih kepada seram psikologi, jenis yang buat kau fikir balik pasal karma sendiri bila keluar pawagam. Setiap babak ada aura muram, setiap dialog ada maksud tersirat, dan setiap karakter… well, semua ada dosa yang menunggu masa untuk dibayar.
Vanidah Imran pula bawa vibe keibuan yang tragik, sementara Remy Ishak membawa watak anak yang tersepit antara dendam dan penyesalan. Tapi yang paling mencuri perhatian sememangnya Sakinah. Mawar dia bukan sekadar antagonis, tapi simbol manusia bila tamak dan ego dah ambil alih jiwa.
Jadi kalau korang tengah craving filem seram yang bukan sekadar nak bagi “jump scare” tapi juga bagi ‘spiritual slap’, Qifarah ni wajib masuk dalam list. Cerita ni bukan cuma tentang hantu tetapi dia tentang dosa, balasan, dan realiti manusia yang kadang terlalu yakin Tuhan boleh tunggu.
“Qifarah” sekarang dah menghantui pawagam seluruh Malaysia. Siap sedia untuk rasa takut tetapi bukan sebab hantu, tapi sebab cermin diri sendiri.

Comments