top of page

Puteri Khareeza Hidupkan “Lumrah Cinta” Selepas Tujuh Tahun Tersimpan

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Apr 14
  • 1 min read

Setelah tujuh tahun tersimpan tanpa suara, karya balada berjudul Lumrah Cinta akhirnya menemui nyawanya melalui penyanyi muda berbakat, Puteri Khareeza!

 

Lagu balada ciptaan Syamel dan Aepul Roza ini akhirnya menemui suara yang tepat, sekaligus menandakan satu kolaborasi magis di bawah label Alternate Records.

 

Lumrah Cinta hadir sebagai peneman emosi buat mereka yang pernah kecewa, namun masih mahu percaya pada cinta. Dengan suntikan elemen baharu pada susunan muzik dan lirik, lagu ini tampil lebih matang dan penuh penghayatan, menjadikannya dekat di hati pendengar.

 

Puteri Khareeza pula menyifatkan pengalaman merakamkan Lumrah Cinta sebagai satu penghormatan besar dalam kerjaya seninya.

 

“Saya sangat teruja dan pada masa yang sama gementar, sebab Syamel dan Aepul ialah nama besar dalam industri yang saya sendiri kagumi. Mereka sangat baik sepanjang sesi rakaman dan kedua-duanya memberi tunjuk ajar yang berharga untuk menjayakan lagu ini.” ujarnya.

Mengakui lagu ini bukan mudah untuk dibawa, Puteri mengambil masa hanya dua jam untuk merakam keseluruhan lagu.

 

“Lagu ni bukan mudah untuk dibawakan. Cabaran utamanya adalah cara untuk menyampaikan penghayatan setiap bait lirik, lebih-lebih lagi apabila demo asal lagu ini dirakam sendiri oleh komposer, Syamel. Daripada segi vokal pun, memang mencabar,” tambahnya.

 

Jangan lupa dengarkan Lumrah Cinta yang kini boleh didapati di semua platform penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube Music!



Comments


bottom of page