top of page

Puteri Gunung Ledang The Musical Kembali Gegar Pentas Malaysia 31 Oktober 2026

  • Writer: N
    N
  • 3 hours ago
  • 2 min read

Selepas lebih 10 tahun menyepi, Puteri Gunung Ledang The Musical akhirnya kembali menemui penonton Malaysia pada tahun 2026. Berita ini memang buat ramai peminat teater dan peminat filem Melayu klasik rasa nostalgia semula, lebih-lebih lagi sebab produksi ini pernah dianggap antara teater muzikal paling ikonik dalam sejarah seni persembahan tempatan.

Pementasan mega ini bakal berlangsung bermula 31 Oktober 2026 di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre, Sunway City Kuala Lumpur dengan sebanyak 23 persembahan eksklusif dijadualkan sepanjang musim pementasan.


Bagi yang membesar dengan filem Puteri Gunung Ledang sekitar awal 2000-an, nama PGL memang bukan asing lagi. Adaptasi teater daripada filem epik arahan Saw Teong Hin itu pernah mencipta fenomena besar apabila dipentaskan kali pertama pada 2006. Dari muzik, kostum sampai visual pentas, semuanya pernah jadi topik bualan ramai.


Menariknya untuk edisi 2026 ini, penerbit terkenal Tiara Jacquelina kembali menerajui produksi tersebut dengan sentuhan baharu yang dijangka lebih moden dan imersif.

Barisan pelakon kali ini pun boleh tahan menarik perhatian. Penyanyi Aisha Retno bakal membawa watak Gusti Puteri bersama alternate cast Mila Mohsin. Watak Hang Tuah pula digalas oleh Aqasha, manakala Mimi Fly dan Nadia Aqilah bakal menghidupkan karakter Bayan.


Turut sama dalam produksi ini ialah Luqman Hafidz sebagai Sultan Melaka dan Yusuf Hashim sebagai Gusti Adipati.


Gabungan pelakon generasi baharu dan lama ini nampaknya cuba membawa vibe segar kepada kisah cinta legenda antara Gusti Puteri dan Hang Tuah yang berlatarbelakangkan Kesultanan Melaka serta Majapahit.

Satu lagi perkara yang buat ramai curious ialah lokasi pementasan kali ini. Buat pertama kalinya, PGL tidak dipentaskan di venue lama sebaliknya memilih Jeffrey Cheah Performing Arts Centre sebagai lokasi rasmi. Venue ini mampu memuatkan sehingga 1,200 penonton bagi setiap persembahan dan dijangka memberi pengalaman teater yang lebih premium dengan fasiliti moden bertaraf antarabangsa.


Kalau ikut rekod sebelum ini, produksi PGL memang terkenal dengan sambutan luar biasa termasuk ketika dipentaskan di Singapura sehingga tiket habis terjual lebih awal. Jadi untuk musim 2026, ramai dah mula ‘pasang niat’ nak secure tiket cepat-cepat.

Tiket rasmi dijangka mula dijual sekitar pertengahan Jun 2026 dan kalau anda memang peminat teater muzikal tempatan, ini mungkin antara show yang wajib masuk bucket list tahun depan.


Apa pun, menarik juga nak tengok macam mana versi baharu PGL ini akan disesuaikan dengan citarasa penonton generasi sekarang tanpa hilang aura klasik yang buat ramai jatuh cinta dulu.

Comments


bottom of page