Prime Video Kini Di Astro! Nikmati Akses 2 Bulan Percuma Eksklusif Untuk Pelanggan Astro Ultra & Ulti Box!
- Nurul Safiah
- 7 hours ago
- 1 min read

Hiburan di rumah kini jadi lebih gempak! Astro, nama utama dalam dunia hiburan Malaysia kini mengumumkan kerjasama mantap bersama Amazon dengan pelancaran aplikasi Prime Video di Astro Ultra dan Ulti Box.
Berita paling menarik ialah pelanggan kini boleh nikmati akses 2 bulan Prime Video PERCUMA bermula 24 April hingga 23 Jun 2025!
Dengan hanya satu platform, Astro, pelanggan boleh strim filem blockbuster, siri TV popular, drama Korea viral, dan Amazon Originals seperti The Boys, Reacher, Fallout, Marry My Husband dan banyak lagi kini boleh distrim terus dari Prime Video!
Pelanggan Astro dengan Ultra atau Ulti Box boleh mengaktifkan akses dua bulan Prime Video tanpa caj tambahan dengan menekan butang “Home” pada alat kawalan Astro anda, pilih aplikasi Prime Video, ikuti langkah di skrin untuk mendaftar akaun Amazon Prime dan imbas kod QR, kemudian log masuk akaun Amazon Prime anda. Terus boleh strim sepuas hati!
“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Amazon untuk membawakan Prime Video ke Ultra dan Ulti Box. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menawarkan kandungan berkualiti tinggi dan pelbagai di satu platform,” kata Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Astro.
Astro turut menawarkan langganan fleksibel dengan lebih 13 aplikasi penstriman lain seperti Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, WeTV, iQIYI dan banyak lagi, semua dalam satu sistem!
Jangan lupa dapatkan sekarang!
Comentarios