Pennywise Kembali! IT: Welcome To Derry Tayang Pada Musim Luruh 2025
- Ain Najihah
- May 22
- 1 min read
Menurut hantaran rasmi di akaun X oleh @StreamOnMax, siri ini bakal ditayangkan pada musim luruh 2025 di platform penstriman HBO Max.
Peminat filem IT pasti sudah tidak sabar menanti kemunculan watak ikonik, Pennywise yang sekali lagi akan menghantui lorong-lorong gelap dan saliran bawah tanah.
Treler berdurasi 1 minit 49 saat yang dimuat naik pada 20 Mei 2025 itu telah meraih 2.9 juta tontonan dalam masa singkat.
Ia memaparkan suasana seram yang menegangkan dengan bayangan sosok menyeramkan sedang berjalan di dalam terowong gelap yang cukup untuk membuatkan bulu roma meremang!
IT: Welcome to Derry dikatakan akan mengupas asal-usul kewujudan Pennywise serta sejarah hitam bandar Derry sebelum peristiwa dalam filem IT (2017 dan 2019). Siri ini dijangka membuka lembaran baharu dalam dunia seram Stephen King.
Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menonton siri ini di HBO Max musim luruh ini. Adakah anda sudah bersedia berani kembali ke bandar Derry?
Commentaires